Merentas Desa

Assalamualaikum and Hai ^^

Lamanya tidak blogging, tidak meluangkan masa depan laptop dan akhirnya dapat juga. Walaupun hanya seketika tidak apa laa kan? hihi. Now tahun baru dah and aku pun nak masuk 17 tahun sudah. haihh tidak apa, muda masih baa tuh. hahaha!

Okey, balik pada entry aku. baru-baru ni 11 Januari 2013 sekolah aku SMK Membakut telah mengadakan acara merentas desa. Macam sekolah-sekolah lain jugalah, mustahil tiada rentas desa kan? tapi sekolah kami adakan lebih awal daripada sekolah lain yang ada di Membakut.

Acara tuh mula pada jam 7 lebih. well, before nak mulakan larian tuh mestilah ada acara pemanasan badan kan? Semua pelajar diminta untuk masuk ke dewan sekolah untuk pemanasan badan tuh. masing-masing berkumpul mengikut rumah sukan. Aku adalah ahli rumah sukan Rajawali iaitu warna kuning. hee

Habis dah pemanasan badan kami pun diarahkan untuk ke tapak permulaan larian. Then, masa tuh aku sama kawan aku si Anis, Laila, Zielah and Fatin. Dorang semua ni dari rumah Helang (hijau) aku sama Zielah seja yang spoil. hahaha! nevermind. Kami ni pemalas baa mau berlari, jadi kami plan mau berjalan sejaa tidak juga penat sangat. 

Kami kena lepaskan untuk merentas desa. well, yang atlet-atlet tuh confirm laa kan berlari penuh semangat. yalaa, mau menang kan dorang. Kami berempat just jalan jaa laa ni. Sekali tengok di belakang kami ada laa geng yang kami nda suka ni. mau nda mau terpaksa juga kami berlari untuk jauh-jauh daripada geng tuh.Siapa mau sama-sama geng yang kamurang tidak suka kan?

So berlari laa kami penuh semangat. konon laa~ Sampai checkpoint pertama adalah kena bagi kain untuk menandakan kami sampai checkpoint tuh. jalan punya jalan lari-lari sikit sampai lagi kami checkpoint kedua, checkpoint terakhir laa bagi pelajar perempuan. Then kami pun semangat laa berjalan sebab mau cepat sampai di kedai yang ada di kampung tuh. hahaha! penatkan jadi mau laa kami singgah membeli sekejap.

Habis beli minuman makanan ringan tadi, kami sambung jalan sambil makan minum segala. hihi. Tidak lama lepas tuh kami pun sampai di depan gate sekolah. Sampai jaa terus kena bagi kad yang bertulis nombor untuk acara merentas desa. Wow! Walaupun kami cuma berjalan dan berlari sekejap-sekejap dapat juga nombor. Aku dapat nombor 48. Bangga laa sikit sebab menyumbang mata kepada rumah sukan. Hanya 70 orang yang dapat menyumbang tuh. aku adalah orang ke 48 yang menyumbang. hahaha :D

Tamatlah acara merentas desa SMK Membakut. hanya 6 orang dari setiap kategori yang terpilih mewakili sekolah untuk acara merentas desa bahagian daerah. Good luck kamu kamu yang terpilih

No comments: